Blog Utama :- Dalail Khairat

Pengikut

Halaman

Rabu, 7 Januari 2009

Blog utama saya iaitu - http://www.alraufi.blogspot.com/ - harap maklum.

Selasa, 6 Januari 2009

Isnin, 5 Januari 2009

DOA PADA HARI ‘ASYURA (10 MUHARRAM)

Al-‘Allamah Al-Ujhuri t berkata: Telah di sebut di dalam kitab Al-Jawahir, bahawa sesiapa yang membaca pada hari ‘Asyura sebanyak 70 kali:

حَسْبِييَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
“Cukuplah Allah sebagai pengurusku, sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik penolong dan pembantu.”

Dan membaca doa di bawah sebanyak 7 kali, tidak akan mati pada tahun tersebut. Sesiapa yang ajalnya telah sampai, maka tidak akan mendapat taufiq oleh Allah untuk membacanya. Doanya ialah:
j

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ الْمِيْزَانِ، وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ، وَمَبْلَغَ الرِّضَا، وَزِنَةَ الْعَرْشِ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ. سَبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، وَعَدَدَ كَلِمَاتِهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا. أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ كُلَّهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، وَهُوَ حَسْبِيْ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى نَبِيِّنَا خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ أَجْمَعِيْنَ.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Maha Suci Allah sebanyak yang memenuhi mizan, penghujung ilmu, setinggi-tinggi keredhaan dan timbangan ‘Arasy, tiada tempat untuk mengadu dan meminta perlindungan daripada Allah melainkan kepadaNya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, sebanyak kalimah-kalimahNya yang sempurna semuanya. Aku memohon kepadaMu keselamatan dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani. Tiada daya menghindari maksiat dan kekuatan melakukan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan adalah Dia cukup bagiku sebagai pengurus, sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik penolong dan pembantu. Semoga Allah I melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi kami, sebaik-baik makhlukNya, penghulu kami Muhammad j dan keluarga serta sahabat-sahabat Baginda j sekalian.
------------------------------------------

Di dalam Fath Al-Bari menyatakan: Sesiapa yang membaca doa dibawah pada Hari ‘Asyura, tidak akan mati hatinya iatitu:

F

سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ الْمِيْزَانَ، وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ، وَمَبْلَغَ الرِّضَا، وَزِنَةَ الْعَرْشِ. وَالْحَمْدُ ِللهِ مِلْءَ الْمِيْزَانِ، وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ، وَمَبْلَغَ الرِّضَا، وَزِنَةَ الْعَرْشِ. وَاللهُ أَكْبَرُ مِلْءَ الْمِيْزَانِ، وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ، وَمَبْلَغَ الرِّضَا، وَزِنَةَ الْعَرْشِ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا. وَالْحَمْدُ ِللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا، وَاللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا، أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
“Maha Suci Allah sebanyak yang memenuhi mizan, penghujung ilmu, setinggi-tinggi keredhaan dan timbangan ‘Arasy.
Segala puji bagi Allah sebanyak yang memenuhi mizan, sehabis-habis ilmu, setinggi-tinggi keredhaan dan timbangan ‘Arasy.
Allah Maha Besar sebanyak yang memenuhi mizan, sehabis-habis ilmu, setinggi-tinggi keredhaan dan timbangan ‘Arasy.
Tiada tempat untuk mengadu dan tempat untuk berlindung daripada Allah melainkan kepadaNya.
Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, sebanyak bilangan kalimah-kalimah Allah yang sempurna semuanya.
Segala puji bagi Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, sebanyak bilangan kalimah-kalimah Allah yang sempurna semuanya.
Allah Maha besar sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, sebanyak bilangan kalimah-kalimah Allah yang sempurna semuanya.
Aku memohon kepada Allah keselamatan dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani. Tiada daya menghindari maksiat dan kekuatan melakukan ketaatan melainakan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda sekalian. Segala puji bagi Allah yang mentadbir dan mengurus alam semesta.”